Monday 19 December 2011

A must read - The story of Girl vs Boy

Nia membuka pintu. Siapa agaknya? Terpacul muka Carl sejurus dia membuka pintu. Nia terkejut, sumpah! Memang dia terkejut! Bencinya!! Kau nak apa lagi sampai cari aku ke bilik ni??? Damn!!  Air mukanya yang hampir berubah geram itu sedaya upaya cuba ditahannya agar tak menunjukkan sebarang perubahan wajahnya kepada Carl . Geram dihatinya kerana dipaksa mengikut ke Tanjung Jara Resort itu masih lagi berbekas. Mana tidaknya, elok-elok Geetha nak gantikan dia sebab dia dah apply cuti, tiba-tiba Carl batalkan permohonan cutinya. Yelah, Carl kan bos…. =.=
                “Hai Nia!”
                “Err..Hai!” tergagap-gagap Nia menyahut suara Carl. “Ada apa Encik Carl?”
                “I nak you siap-siap sekarang, then turun ke Nelayan Restaurant tu k.”
Nia mengangkat kening. Untuk?? Manade dinner meeting malam ni! Hish dia ni, kalau tak menyusahkan aku sehari tak boleh ke?? Dah la malam ni birthday aku, aku dah mintak cuti awal-awal, dia paksa pulak aku attend meeting kt sini! Bencinyaaa!!!!
                “You dengar tak apa I cakap?” Suara Carl lantas mematikan lamunannya.
                “Err...ha, yes! I dengar!” Nia membalas tergagap-gagap.
                “So, I’ll see you there. Oh, please pakai dress yang I suruh you bawak sekali tu k.”
Sekali lagi Nia memandang Carl dengan muka terpinga-pinga nya. Ada dinner meeting ke malam ni?? Apsal aku macam tak tahu je?? Jadah mende plak aku nak ber dress-dress?? Hish Carl ni,bencinya tengok muka dia! Annoying! Annoying!!
Tap! Tap!!~
Petikan jari Carl di depan mukanya sekali lagi mematikan lamunannya.
                “What are you waiting for? Pergilah bersiap sekarang...”
Suara annoying! Getus hati kecil Nia lagi.
                “Oh...err..okay! I siap-siap sekarang...”
Nia menutup pintu biliknya. Urghhh!!! Bencinya! Kenapa la aku boleh dapat bos macam kau! Rosak plan aku malam ni nak celeb dengan Riez!  Nia rasa nak menangis apabila mengenangkan dirinya yang terpaksa mengikut Carl ke Tanjong Jara Resort, Dungun Terengganu untuk meeting dengan client mereka. Bukan Carl tak tahu, Nia sudah apply cuti awal-awal. Air matanya yang hampir menitik cuba diseka nya dengan tangan mengenangkan rancangan sambutan ulang tahun hari jadinya bersama Riez yang  terpaksa dibatalkan. I hate you, Carl!

Melilau mata Nia mencari kelibat Carl. Sengal! Kau tak bagitahu aku pulak kan kau duduk kat mana?! Nia merasakan mukanya hangat dek rasa malu yang menjalar tiba-tiba apabila menjadi tumpuan beberapa buah meja di situ. Okay, aku dah macam artis sekarang! Gosh...!! Where are you, stupid?! Menyusahkan orang betul la!
                “Cik, boleh saya bantu?” sapa seorang pelayan disitu.
                “Yes, sure! Boleh you tolong check kan tak kat mana meja Haikal Ridhuan?”
                “Boleh...Sebentar ya!” Pelayan itu berlalu ke meja hostess. Nia dibelakangnya turut mengikuti. Selepas ditiliknya buku reservation, dia menunjukkan meja dimana Carl duduk, di tepi pantai, kawasan yang terbuka luas.
Agak cantik tempatnya! Nia sendiri terpegun melihat keindahan malam di restoran Nelayan itu. Gila romantik! Nia tersenyum lebar, menghanyutkan perasaannya seketika. Wait! Did I just say romantic????? Suaranya yang kuat mengejutkan dirinya sendiri. Nia pandang kiri kanan, mujur tiada orang. Nia menghela nafas lega, lantas menghayun kaki nye mendekati meja Carl.
                “Ehemm...” Nia berdehem, sengaja menarik perhatian Carl yang sedang leka duduk sambil bermain Blackberry nya. Carl berpaling dan...DUPP!!~ Jantungnya jatuh tatkala melihat Nia!
Oh My God! You are damn beautiful! Tak berkerdip matanya memandang Nia yang mengenakan dress hitam ringkas bercorak rose merah separas lutut.
                “Encik Carl...Encik Carl!”
Suara Nia yang kuat menyentakkan pandangannya.
                “Are you okay?” Nia bertanya lagi, pelik melihat keadaan kaku Carl.
Carl tersenyum, “Yeah, I’m okay. Pardon me for starring you like that. Well,have a seat!” Carl menarik kerusi untuk Nia.
Kau ni dah kenapa?? Buang tebiat ke hape?? Sumpah Nia pelik! Tapi dilayankan juga kerenah Carl. Weird sangat-sangat ni... Nia tak henti-henti menggumam sendirian di dalam hati.
                “So, how’s your first day here?” Carl memulakan perbualan sebaik sahaja mereka duduk mengadap satu sama lain.
How’s my first day??? Of course bad!! Kau da rosakkan hari aku, kau dah hilangkan mood aku, then kau nak expect apa??  Nia rasa nak jerit je kat muka Carl, tapi yang keluar,
                “Oh..okay! Just nice...” Nia tersenyum sumbing dah macam kambing! Jelas ketara senyuman yang sengaja dibuat-buat terpamer diwajahnya.
                “Nice je? Sound’s like tak best je, betul?” Carl memandang matanya.
                “Err....” Nia kaku apabila direnung begitu. Bongok kau, dah kenapa main mata dengan aku pulak?? “Best la..Kenapa pulak tak best?” Nia pura-pura senyum. Dilarikan pandangan matanya dari mata Carl.
                “Hurm... cantik tempat ni. I suka...” sengaja dialihkan topik agar Carl tak perasan dengan ketiadaan moodnya sepanjang mereka sampai ke resort itu sejak pagi tadi. 
                “You suka...?” Carl senyum mendengar kata-kata Nia. Ada sedikit bunga-bunga dihatinya tatkala ini. Bunga-bunga?? Heh! Ingat aku mat jiwang ke?? Tapi, sejak dia ni masuk, aku macam terasa-rasa bakal jadi mat jiwang... Ah! Lantak lah! Peduli apa?!
                “Encik Carl...Encik Carl!” Suara Nia yang kuat sekali lagi mematikan senyumannya yang entah dari bila seakan-akan tak mahu berhenti mengukir di bibirnya. “Kenapa senyum sorang-sorang?” Nia pelik memandang lelaki dihadapannya. Haish..Gila jugak rupanya dia ni! Senyum sorang-sorang! Dah kenapa?!
Makanan pembuka selera dihidangkan kepada mereka. Suasana malam itu di restoran Nelayan begitu ekslusif sekali. Meja-meja makan di luar restoran di tepi pantai, tempat dimana mereka duduk dihias cantik sekali bertemankan cahaya lilin wangi diatas meja, sekaligus membangkitkan mood tenang, diiringi bunyi desiran ombak yang menghempas pantai, benar-benar membuai jiwa sesiapa sahaja yang menikmati hidangan di situ. Bertemankan cahaya sang rembulan di langit, dihiasi bintang-bintang yang begemerlapan di dada malam, wah! Malam begitu sempurna! Sempurna bagi insan yang bernama Haikal Ridhuan.
                “So, Encik Carl, you ada apa-apa nak bincang dengan I ke malam ni?” Nia bersuara sejurus mereka menghabiskan appertizer yang dihidangkan.
                “Nop! Takde...” Ringkas jawapan yang keluar dari mulut Carl.
                “Takde??” Nia seakan tak percaya.  Betul ke apa yang aku dengar ni? Then, why dia ajak aku dinner sama-sama kalau bukan sebab nak bincang hal kerja?? Mata Nia mencerun memandang Carl. Takkan nak dinner date dengan aku pulak?? Hah! Kau jangan Carl!
                “Yelaa...I saja nak treat you dinner, bosanlah kalau all the time pun nak cakap hal kerja. You tak bosan ke?”
Kau dengar apa dia cakap?? ‘I saja nak treat you dinner..’ saje?? Saje???? What did he mean by saje??? Suka-suka?? Macam tu ke?Serius, kau ni dah kenapa pepelik je Carl? Kau jangan macam-macam!
                “Nia! I tanya you ni, you tak bosan ke?” Carl memanggil Nia apabila diperhatikan gadis dihadapannya ini senyap membisu.
                “Oh, haa...bosan jugak! Yelah, kalau nak cakap pasal kerja, sampai bila pun takkan habis kan?” Nia tersenyum.
Okay I’m melting enough now.  Carl cair melihat senyuman Nia. Dia tak sedar dan juga tak tahu sejak bila dia berperasaan aneh pada Nia. Ada suatu perasaan didalam hatinya yang sukar dimengertikan. Yang pasti, dia suka menyusahkan Nia. Suruh Nia buat itu, suruh Nia buat ini. Dia suka memanggil gadis itu sampaikan kadang-kadang terkeluar muka menyampah Nia padanya. Bukan dia tak perasan sebarang perubahan di wajah Nia, dia tahu dan dia sangat-sangat sedar tiap kali muka Nia berubah apabila namanya dipanggil. Namun, dia tak tahu apa lagi cara untuk mendekati gadis itu. Baginya, menyusahkan Nia adalah satu-satunya cara untuk dia merapati Nia.
                “Hey, hari tu you ada bagitahu I kan yang you suka makan seafood and teringin sangat-sangat nak try Lobster, kan?” Carl memandang Nia.
                “Yeah...Why?”
                “And guess what? I dah order Lobster untuk you tonight!” Carl tersenyum ceria memberitahu Nia.
                “What?!” Nia hampir menjerit, sambil menutup mulutnya, “Really??”
Saat ini jelas terpancar senyuman keriangan di wajah Nia yang dari tadi cuba menyembunyikan bad mood nya. Dan Carl tahu, dia baru sahaja menarik perhatian Nia. Teringat dahulu, mereka pernah bersembang pasal makanan dan Nia ada memberitahu bahawa dia sangat-sangat teringin mahu mencuba Lobster kerana dia tidak pernah lagi mencubanya sebelum ini.
                “Yelah, betul lah..takkan la I nak tipu you pulak?”Carl tertawa melihat reaksi Nia. “And there you go, our main dish dah sampai....” Carl menunjukkan ke arah dua orang pelayan yang menuju ke meja mereka.
Nia berpaling memandang ke arah dua orang waiter yang membawa hidangan makan malam mereka.
Oh My God! Betul la ada Lobster!
                “Oh, gosh....I betul-betul tak sangka I dapat makan Lobster tonight!” Jelas kedengaran suara riang Nia. Kali ini Carl dapat melihat senyuman yang terukir di bibir Nia bukan lagi dibuat-buat seperti sebelum ini.
                “Glad that you like it!” Carl tersenyum.
Diatas meja mereka sekarang terhidang makanan laut yang begitu ekslusif, sajian  istimewa oleh Master Chef Tanjung Jara, Resort. Angin malam yang menemani mereka terus bertiup sepoi-sepoi bahasa, mengasyikkan suasana.
Disaat mereka hampir menghabiskan makanan pencuci mulut, course yang terakhir di dalam sajian makanan mereka, Nia terdengar muzik yang amat sangat dikenalinya. Nia berpaling tatkala mendengar alunan gitar yeng memecahkan keheningan malam memainkan lagu Happy Birthday diiringi nyanyian dari tiga orang pemuzik yang datang sambil membawa kek ke meja mereka.
What is this?? Sumpah Nia terkejut!! Kejutan Happy Birthday untuknya!! Nia memandang Carl yang turut sama menyanyikan lagu Happy Birthday bersama tiga orang permuzik tersebut.
OH MY GOD! Aku mimpi ke apa ni?? Carl ke yang buat semua ni?? Untuk aku?? Sempena hari jadi aku ke?? Oh my God! Oh My God! How come dia yang annoying sangat-sangat ni tetiba boleh jadi sweet sangat-sangat??
Nia masih lagi kaku memandang kesemuanya yang berada disitu. Selesai lagu Happy Birthday tersebut, Nia lantas meniup lilin kek dan diiringi tepukan dari mereka.
                “Happy Birthday, Nia!” Carl tersenyum lebar, “This is for you...” Carl menghulurkan sekotak hadiah berwarna pink, dan berbalut kemas dengan riben kecil berwarna emas.
Kotak itu bertukar tangan. Nia membuka perlahan. Oh My God!  Nia speechless tatkala melihat rantai leher bertatahkan mutiara di dalam kotak itu.
                “Encik Carl, I..I tak boleh terima hadiah ni... Mahal sangat ni...” Nia menutupnya kembali dan menyerahkan semula kepada Carl.
                “Syyhh...” Carl meletakkan jari telunjuknya ke bibir Nia, “Berapa kali I nak bagitau you, don’t call me Encik-encik ni...”
Carl mengambil kotak yang dihulurkan Nia, lalu membukanya. Dipegangnya rantai bertatahkan mutiara itu.
                “Nia, ni bukan hadiah dari I sorang, tapi ni hadiah dari company untuk you. Mereka tahu you memang bekerja keras selama ni, jadi mereka belikan you rantai ni sempena hari jadi you. Jadi, you jangan terasa  lain macam pula, k...” Carl senyum, “Come, I pakaikan you...” Carl sudah berdiri di belakang Nia.
Seketika, rantai tersebut sudah kemas di leher Nia. Terserlah kecantikan kepada si pemakainya.
                “Thanks B...” ujar Nia. Carl terpinga-pinga.
B? Nia panggil aku B ke?? Ke aku salah dengar??
B?? Did i just call him B?? OMG!! Nia menutup mulutnya, terus memandang Carl.
                “Encik Carl, maaf....I terlepas cakap! I betul-betul teringat yang you boyfriend I tadi. Gosh....malunya!! Encik Carl, sorry k....” Nia menutup mukanya malu.
Nia..nia...kalau kau nak aku jadi boyfriend kau pun takpe! Aku sejuta kali setuju tau!
Carl menarik tangan Nia yang menutupi mukanya.
                “No..No..! Its okay la...Takde apa nak malu..”
Nia terus teringatkan Riez di Shah Alam. Great! Aku tertinggal handphone kat bilik! Mampus! Mesti Riez call aku banyak kali now, and aku pulak berparti kat sini sama si annoying ni! Nia pandang muka Carl, Annoying ke dia ni?? Tapi bila tengok dia macam ni, malam ni, okay pulak..takde la annoying mane... Sweet lagi dalam diam! Nia tersenyum. Bongok! Aku ni dah kenapa pulak?? Damn!
Sampai sahaja di bilik, tiada benda lain yang dicapainya melainkan handphone nokianya. Nah! Amik kau! 237 misscall!! Oh My God! Mesti Riez marah aku...


It was beautiful then...But not for so long... Nia menyandarkan badannya di pokok itu. Air matanya yang cuba ditahan dari tadi tak mampu lagi untuk dibendung, dan perlahan-lahan Nia memejam mata. Mengalir butiran-butiran jernih airmatanya menuruni membasahi pipi. Pandangannya jauh dilemparkan ke arah matahari yang kian terbenam. Cantik suasana pantai ketika ini. Tetapi hatinya yang sayu tidak dapat menikmati keindahan ciptaan Tuhan itu. Dibiarkan perasaannya terbuai lama, bagaikan ada sebuah skrin besar dihadapannya kini, memutar kembali setiap memori yang pernah dilaluinya.
Keesokan paginya...
Baru sahaja Nia melabuhkan duduknya, Carl datang entah dari mana terus ke arahnya. Sial betul la! Pepagi lagi dah nampak muka dia ni! Grrr.... Carl yang sudah mula duduk di sisi mejanya itu langsung tidak dipandangnya.
                “Nia, I nak you tolong I siapkan ni...” Carl menunjukkan fail biru yang dipegangnya. Nia menjeling sekilas. Dia tahu benar, itu memang fail Carl.
                “Not now, Carl...” Nia bersuara lemah. Ada sengau di dalam suaranya.
                “No! I want it by today...So you kene siapkan hari ni jugak!” Keras suara Carl, mengarah..seperti biasa. Berlagak bossy...Padahal dia tu bukannya sapa-sapa.
Damn! Kau ni tak paham bahase ke?!!  Nia mula geram, terasa perasaannya tidak dapat dikawal lagi,
                “I said NOT NOW!!” Aku tengah takde mood ni, kau pulak nak mengkuli-kuli kan aku! Kau ingat aku kuli bapak kau?! “Ini kan kerja you, takkan you tak boleh buat sendiri! Stop layan I macam orang gaji you okay! I didn’t paid to work for you! I didn’t paid to do your job!! You’ve got me??!!” Nia merenung tajam mata Carl. Tinggi suara Nia.
Serius, Carl takut tengok Nia sekarang ni, macam raksasa nak makan mangsanya! Nia terus berlalu dari tempat duduknya, tak kuasa nak mengadap muka si annoying ni! Carl sendiri terkejut melihat tindakan Nia. Semua rakan-rakan ofis yang berdekatan turut pandang-pandang sesama sendiri. Carl mula berasa janggal.
                “Apa tengok-tengok? You all takde keje lain ke?” Carl menyergah rakan-rakan ofis yang memandangnya.

 Kenapa dengan Nia ye? Mata dia bengkak...Aku perasan tadi...Selalu kalau aku suruh, dia okay je, ikut je...Tapi hari ni, ditengkingnya aku pulak?? Haish..Terkejut katak aku! Tula..padan muka aku kan?
Carl bermain-main dengan penselnya. Fikirannya masih lagi memikirkan Nia. Terasa resah pula bila dia ingat kembali apa yang terjadi tadi. Serta merta perasaan bersalah menyelinap kedalam hatinya. Carl meninggikan lehernya, mengintai Nia sudah kembali ke tempat duduknya atau belum. Ada! Dari jauh dia dapat perhatikan Nia, menahan kepalanya dengan dengan tangan, macam orang takde mood. Main conteng-conteng dekat Paint??? Wutta??? Carl membeliakkan matanya melihat kelakuan Nia dari jauh. Serius! Memang ada something wrong pada budak Nia ni...Apahal wey?? Apahal?? Di intainya lagi Nia dari jauh.
Hari kedua berlalu...Carl dan Nia masih tidak bertegur sejak kejadian semalam. Seterusnya, hari ketiga...Keempat..dan Kelima berlalu.. Damn!  Carl meraup rambutnya ke belakang. Dia resah!
Serius, aku resah wey! Apahal Nia ni? Langsung tak bertegur dengan aku. Aku lalu sebelah pon macam aku ni invisible plak. Kenapa wey? Kenapa?? Dia benci aku ke?? Seketika, Nia lalu melintasi tempat duduknya, terus ke pintu keluar. Carl tengok jam ditangannya, 4.30pm..Da balik? Setiap hari dalam minggu ni?? Dia pegi mana?? Tiap-tiap hari aku tengok mata bengkak. Tak cukup tido ke apa?? Buat apa malam-malam?? Carl mula berfikir bukan-bukan. Tak boleh jadi ni!
 Dia menyambar kunci kereta nya dan terus mengekori Nia. Dia nak tau jugak apa Nia buat dalam seminggu ni dan kenapa perubahannya begitu mendadak? What happened?
Diekori kereta Nia dari jauh.  Kemana Nia nak pergi ni?? Da masuk ke Highway Seremban pulak ni...Carl terus mengekori kereta Nia. Exit to P.D?? Dari jauh, dia nampak Nia memberhentikan keretanya. Carl mencari parking tak jauh dari kereta Nia, di seberang jalan. Bimbang juga kalau Nia ternampak kelibat nya sekarang ni.
Dia berjalan, memerhati susuk tubuh Nia dari jauh. Nia akhirnya memberhentikan langkahannya di sebatang pokok yang agak rendang. Carl menghampiri dengan hati-hati agar Nia tidak menyedarinya. Kini jaraknya hanya 10 kaki di belakang Nia. Apahal la si Nia ni duduk kat tepi pantai ni sensorang time-time macam ni?
                “Dah bape lame you follow I?” Nia bersuara tiba-tiba membuatkan muka Carl berubah menjadi pucat lesi. Dia cuak.
Erk!~ Dia perasan ke?? Carl menggelabah, diam tak bersuara.
                ”I tau you follow I since dari ofis tadi, right?”
                “Err...” Carl mati ayat, tak tau nak cakap apa. Tak berani jugak nak memunculkan dirinya di depan Nia. Serius, dia menggelabah sekarang ni!
                “Well, come on over here then. Yang you nak menyorok kat blakang pokok tu buat apa?” Selamba suara Nia.
Seketika, Carl keluar dari belakang pokok dan berdiri di sebelah Nia. Nia pula tenang duduk bersandar. Dibiarkan angin pantai yang menghembus sepoi-sepoi bahasa itu melayangkan rambutnya.
Damn! Aku nak buat apa ni?? Diri je ke?? Carl tak senang berdiri, cuba mengambil posisi duduk disebelah Nia.
Kedua-duanya tatkala ini asyik merenung lautan luas dihadapan mereka yang tidak bertepi.
Apa agaknya yang Nia fikirkan sekarang ini?  Sesekali Carl menoleh Nia disebelahnya.
Sengal jugak kau kan?  Nia bersuara di dalam hati. Yang kau pon dah kenapa? Ikot aku sampai ke sini? Dah takde keje lain ke??
                “It was beautiful then....” Akhirnya Nia bersuara, memecahkan keheningan antara mereka berdua.
Then?? Then apa?? Ayat tergantung ke apa budak Nia ni??
                “Then what happened?” Carl bertanya tak sabar nak tahu.
Tak sangka pulak aku yang kau ni caring...
                “We’ve broke up...” Nia bersuara lemah, memejam matanya rapat, mengalirkan butiran jernih dari hujung kelopak matanya. Sungguh, ada sendu yang mengiringi kata-katanya.
No...No! Nonono! Carl cuak melihat Nia menangis “Hey, hey Nia..” , menggelabah dia mencari tisu dari poket seluarnya. Damn! Aku mana pakai tisu! Mujur ada sapu tangannya. “Please don’t cry...” Carl menghulurkan sapu tangannya pada Nia.
Nia tersengih sedikit dalam sendunya, “Hygiene ke tak ni?” Matanya diarahkan pada sapu tangan Carl.
Eh kau! Aku dah bagi, amik je la...
                “Eh, mesti la! I tak guna pun lagi tau... I baru basuh semalam okay!”
Nia terus tertawa melihat telatah Carl.
Serius, Kau ni kadang-kadang comel... Tiba-tiba muka Nia berubah, Tak! Kau tak comel! Kau tu annoying! Big bully! Pemalas!! Arhh! Kau pon lelaki, sama macam lelaki lain!! Sama macam dia!!
Carl pelik melihat perubahan drastik muka Nia yang tadinya ada sedikit tawa, kini berubah masam.
What happen?? Aku ada tersalah cakap ke???
Nia bangun dari duduknya dan berjalan ke tepi pantai sambil memeluk tubuh, jauh sedikit dari Carl. Carl spontan terus mengekori Nia.
                “Can you just leave me??
                “No! I cant leave you just like this... C’mon Nia, I tau you ada problem! Share with me! Please...” Carl seolah merayu.
                “I takde problem! Kalau ada pun, masalah I! Bukan masalah you!”
Eii...!!! Kau ni dah kenapa?!! Rimasnyaaa!!! Dah la kat ofis kau ganggu aku, sampai dekat sini pun kau nak ganggu jugak!! What’s on earth are you???
                “Nia...I tau, selama ni I banyak ganggu you, menyusahkan you-“
                “So? Apa you nak lagi kalau you sendiri dah aware pasal tu??” Nia memotong kata-kata Carl, tak sempat Carl nak meneruskan ayatnya.
                “I tau you benci I...Tapi I bukan datang sini sebab nak ganggu you lagi or what-“
                “Yes Mr. Carl! You are disturbing me right now! This is not office just as you know and I’m out from office...Out from my work...So I have totally no relations with you when I’m outside from Perwira Holdings Berhad...”
Damn! How could you said those word to me? How mean you are right now... Carl rasa kakinya lemah, jantungnya seakan berhenti. Nia betul-betul membencinya.
                Carl tak dapat menahan perasaannya, ditariknya bahu Nia supaya mengadap dirinya,
                “No! Listen! You tak dengar lagi apa I nak cakap! The things that you should really-really know is –I care for you, okay!” Keras suara Carl kearah Nia. Nia memandang mata Carl, cuba mencari kebenaran.
                “You said you care for me?” Nia tersenyum sinis dalam tangisnya, “That’s bullshit okay! I heard it once from him..” Nia tersenyum sedih, mengangkat bahunya, “But look what he’d done..Afterall I noticed that semua lelaki sama je!”
                “No! You tak boleh samakan I dengan dia! I bukan dia okay! And I would never be like him!”      
                “So what? Who cares kalau you nak jadi macam dia atau tak pun?? You nak kata you dah jatuh hati pada I, macam tu?? Heh!” Nia senyum sinis. “Don’t tell me nonsense ok..”
                “Err..I’m not saying that!” Suara Carl putus-putus. Yang nyata dia sendiri sebenarnya tak tahu nak cakap apa. “I tak pernah cakap yang I dah jatuh hati pada you...You yang perasan!” Carl mengalihkan pandangannya. Damn! Apa aku merepek ni?? Bangang! Dah kenapa dengan aku ni???
Nia hanya menggeleng-gelengkan kepala, sinis memandang Carl, melihat kelakuan lelaki itu.
                “This is what Carl?.....” Nia bertanya, meminta penjelasan Carl, “You are too dumb to follow me just like that until here...For what reasons?” Nia seakan-akan terus menghentam Carl dengan soalan-soalannya yang bertalu-talu.
                “Okay! Okay! I ikut you sebab I nak tahu what happened to you! Clear? Kenapa you datang keje setiap hari dengan mata bengkak macam tu, langsung takde mood, tak bertenaga...So I just want to find out! I mean, I NEED to find out...Tu je niat I ok!”
Suasana tiba-tiba menjadi sepi apabila masing-masing mendiamkan diri untuk seketika.
Carl..Carl..kau memang suka menyesakkan nafas aku kan?....


**To be continue... 


Thursday 24 November 2011

Childish...

Salam and Great Day,

Hari ni nak update pasal 'childish'...childish in love relationship...More to say about me la.. X dinafikan Syerra mmg manja dengan si dia... ^_^ orang kate mengada-ngada... =P hahaha... kalau x mengada-ngada x bercinta la namanye...rite?

Si dia sangat penyabar melayan setiap kerenah Syerra... X pernah sikit pun si dia merungut mahupun membalas dengan kata-kata marah...Segala perangai, angin, mood, kerenah Syerra semua dilayannya dengan baik...Bagaikan seorang ayah melayan ragam anak kecilnya... ^_^ dan Syerra sangat kagum dengan kesabaran yang si dia tunjukkan...

Si dia matang dalam segala yang dilakukannya... lain pula dengan Syerra yang sentiasa saja berangin... =P kasihan cinta hati Syerra ni...

SAYANG, MMY BUAT SEMUA NI DENGAN DDY JE TAU...X BUAT DENGAN ORANG LAIN...RAJUK MMY, MARAH MMY, NGADA-NGADA MMY SEMUANYA DENGAN DDY...

Coz I love you..and ofkos Syerra nak attention hanya dari si dia.. I AM AN ATTENTION SEEKER btw... no doubt! BUT, only with him... ^_^

Syerra selalu merajuk dengan dia...hampir setiap hari... Entah apa la yang dia fikir agaknya... Tp dia amat sabar orgnya...mmg sangat2 penyabar...Tak pernah dia cuba nak meninggikan suaranya, mahukan mengeruhkan keadaan...ataupon menunjukkan egonya sebagai lelaki...Semua itu si dia tolak ketepi... SUNGGUH! Syerra bersyukur kerana dikurniakan insan seperti si dia di dalam hidup Syerra sekarang ni... I LOVE YOU SO MUCH DDY...!!!! ^_^ Syerra hargai sangat-sangat kedatangan si dia ke dalam hidup Syerra, ke dalam hati Syerra and ke dalam fikiran Syerra...

Bukan tak timbul perasaan kasihan melihat dia bersungguh-sungguh melayan kerenah childish Syerra ni...Tapi tatau kenapa Syerra mmg suka manja2 dengan si dia...

Ddy rimas sama mmy tak? ^_^

Suka bagi dia tensen melayan Syerra...Tapi herannya tak pernah berjaya pun buat dia tensen...PELIK! kadang-kadang Syerra pikir mcm takde perasaan pulak dia... =P hahaha...

Biasanya kalau Syerra marah, dia takkan naik angin jugak, tapi dia lebih suka cool kan keadaan...Dia selalu buat kelakar sampai Syerra x jadi nak marah... Tak macam setengah bf tu, bila gf marah, dia bukannya nk control keadaan, lagi dia ego n marah gf dia balik..last-last dedua marah, patu terus dingin...LUCKY Syerra and si dia x macam tu... I LOVE YOU AGAIN LAH DDY...!!!~ ^_^ Thats why Syerra cakap pikiran dia mmg mcm org tua layan budak kecik...hehehe... ^_^ Cuba peratikan, ade tak orang tua kalau layan budak2 yg meragam tu, dia g marah2 balik budak tu..? jarang kan? mesti dia pujuk elok2...kan? kan? kan? =D Sama la mcm si dia... ^_^ SYERRA TERSENYUM TERINGATKAN SI DIA...

Kadang-kadang si dia nak merajuk jugak...sbb asyik2 Syerra je yang merajuk...Tp tak pernah jadik, sbb nye nnt, kalau dia merajuk, Syerra merajuk jugak! =D hahaha...last2 nak taknak MEMANG dia jugak yang kene pujuk... HIHIHIHI.... ^_^ jahat kan Syerra? =D

I love to post so many sweet and loves words to him kt fb si dia... lantak lah org nak ckp SHOW OFF ke, MENYAMPAH ke, SEMAK ke...yg penting KAU ADE?????? =P i dun care what people said...IF si dia yg ckp, barulah Syerra stop... =.= heheh... ;-D  Syerra tahu, most of men doesn't like that...You know, mcm yang Syerra post2 tu la...Tp what to do, kite yang WOMEN ni mmg suka wat mende2 mcm tu...Its a nature of men and women!!~ ^_^ So again, WHO CARES?? u got option, TAKE IT or LEAVE IT...kan?

Pikiran Syerra dah menerawang asek tringat kan dia je ni... =P Ya Rabbi!~ Gatalnye... hahah!~

Ok lah...I know you are reading this wahai SI DIA, n I just want you to know that I LOVE YOU SO MUCH... I hope we can get married end of next year as what we have planned...INSYAALLAH... ^_^ mudah-mudahan....




Till Then,
Take Care guys.

Thursday 10 November 2011

All about him...

Salam and great day,

It's Syerra
And Jr.. ^_^.

'Cause I'm all about him, him, him, him, him
And he's all about me, me, me, me, me
And we don't give a dang, dang, dang, dang, dang
About nobody-e-e-e

'Cause I'm all about him, him, him, him, him
And he's all about me, me, me, me, me
And we don't give a dang, dang, dang, dang, dang
About nobody-e-e-e

Well, had him shooting for me like a ball team
Every guy was a knock out, Don King
But none of 'em had smarts, that's my thing
It's not enough to have balls, Spalding, ha
One day by Starbucks
I bumped into a guy rocking black Chucks
He said "Excuse me, beautiful," I said, "Aww, shucks"
And then he asked, "Well, ay, wanna grab lunch?"

Never ever met a guy so fly
Got me hooked like apple pie, I
Think I'm falling and I don't know why
But I won't fight these butterflies

^_^
'Cause I'm all about him, him, him, him, him
And he's all about me, me, me, me, me
And we don't give a dang, dang, dang, dang, dang
About nobody-e-e-e

'Cause I'm all about him, him, him, him, him
And he's all about me, me, me, me, me
And we don't give a dang, dang, dang, dang, dang
About nobody-e-e-e

And I swear what we have is just super cool
The way he's always in my head like a Bluetooth
I got a text from him, he said come through
Told me that he wants to kick it, Kung Fu
Don't do nothing much at all
Just we and his boys watching football
He asked for a kiss (Muahh) So I gave him two
He said, "Well, thank you, mummy," I said, "You're welcome, daddy"

^_^
Never ever met a guy so fly
Got me hooked like apple pie, I
Think I'm falling and I don't know why
But I won't fight these butterflies

'Cause I'm all about him, him, him, him, him
And he's all about me, me, me, me, me
And we don't give a dang, dang, dang, dang, dang
About nobody-e-e-e

'Cause I'm all about him, him, him, him, him
And he's all about me, me, me, me, me
And we don't give a dang, dang, dang, dang, dang
About nobody-e-e-e

No, I don't need no fancy cars
And I don't need no diamond rings
My baby is all I need and more
'Cause I don't need those extra things

^_^

It's not about you (Oh-oh-oh-oh) (It's not about you)
It's not about them (Oh-oh-oh-oh) (It's not about them)
It's all about me (Oh-oh-oh-oh) (It's all about me)
And it's all about him (Oh-oh-oh-oh) (It's all about him)

Yeah, yeah, yeah, yeah
Yeah, yeah, yeah, yeah
Yeah, yeah, yeah, yeah
Said it's all about him, yeah

'Cause I'm all about him, him, him, him, him
And he's all about me, me, me, me, me
And we don't give a dang, dang, dang, dang, dang
About nobody-e-e-e

'Cause I'm all about him, him, him, him, him
And he's all about me, me, me, me, me
And we don't give a dang, dang, dang, dang, dang
About nobody-e-e-e

(Oh-oh-oh-oh) 'Cause I'm all about him
(Oh-oh-oh-oh) 'Cause I'm all about him
(Oh-oh-oh-oh) I'm all about him
(Oh-oh-oh-oh) And we don't give a dang, dang, dang
(Oh-oh-oh-oh) It's all about you
(Oh-oh-oh-oh) It's all about you, boy
(Oh-oh-oh-oh) It's all about you
(Oh-oh-oh-oh)


My Jr.... ^_^ MLDSM




Till then, 
TC guys...

Thursday 27 October 2011

Everytime I look at You...

Salam and great day,



Everytime I look at you,
I can see that those pain I'd carried
is suddenly gone
Everytime I look at you,
I know this face had gimme something
I know this face has release me
I know this face is different
And the most
I know this face is my saver
Everytime I look at you
I see my future ahead
I see my road to happiness
I see my bright day
And the most
I see you by my side
Everytime I look at you
I never thought that this could happen
I never thought that I can breath once again
I never thought that I can wide open my eyes
I never thought that I can smile again
And the most
I never thought that I can moved on
Yes, yes it is...
Everytime I look at you,
You did gimme some strength
You did gimme your hand
You did lend me your shoulder
And the most
You did gimme your love
Which I really thankful
and I feel so grateful
Because everytime I look at you
I know that you're some kind like present
some kind like a piece of my heart
Something that has complete my whole life
And everytime I look at you,
I just wanna say
I LOVE YOU
and forever I will always be...


Till then,
Tc guys.

Wednesday 12 October 2011

"You are fast learner..."

Salam and great day...

Hari ni Syerra nak tulis pasal adaptation ...  In everyday learning process, we must learn on how to adapt something in our everyday life so that we can cope with it. Ianya adalah sangat penting dan Syerra akan bagitahu kenapa dalam entry kali ni...

What is adaptation? Adaptation in the context of human dimensions of global change usually refers to a process, action or outcome in a system (household, community, group, sector, region, country) in order for the system to better cope with, manage or adjust to some changing condition, stress, hazard, risk or opportunity.  Kita boleh katakan adaptasi ni sebagai  suatu proses perubahan untuk menyesuaikan diri kita dengan sesuatu. Perubahan yang dilakukan dengan mengikut cara sesuatu tu. Biasanya yang sikit, ikut yang banyak. Senang cakap supaya korang boleh masuk la dalam sesuatu tu. Tak kisah la dengan orang ke, dengan tempat ke, keadaan ke dll. Okay?

It is something, such as a device or mechanism, that is changed or changes so as to become suitable to a new or special application or situation. Adaptation is the change in behavior of a person or group in response to new or modified surroundings. It also can be describes as to something that is changed or modified to suit new conditions or needs. Macam yang Syerra terangkan tadi, adaptasi ni biasanya perubahan kelakuan kita terhadap sesuatu. Contohnya macam kalau korang pergi Jepun, culture dorang biasa tunduk hormat bila jumpa orang kan? so, korang pun secara tak langsung akan ikut jugak cara orang jepun tu bila pegi negara dorang. Sebab apa? Sebab kalau korang tak ikut, dorang mungkin akan fikir korang ni tak beradab. Biasanya benda ni akan terjadi dengan sendiri. Macam kalau korang jumpa orang cina, otomatik korang pun tetiba keluar slang chinese, kan? That is adaptation. Proses menyesuaikan diri sendiri.  =) Dah jelas sikit kan maksud adaptation ni? Orait...

According to Brooks (2003,p. 8), adaptation is an ‘‘adjustments in a system’s behavior and characteristics that enhance its ability to cope with external stress’’.

Believe it or not, adaptation is very important in our life. Why Syerra nak tulis entry kali ni because I always use it whenever I enter into new environment...It did give me positive feedback...Tak rugi pon.. ^_^ So, always remember this ok.. Peribahasa said 'Masuk kandang kambing, mengembek..Masuk kandang kerbau, menguak...' ..So maksudnya sama lah dengan adaptation ni...

Ikot cara Syerra!

Biasanya, bila Syerra masuk ke sesuatu tempat yang baru, Syerra kan perhatikan dorang dulu, and lepas tu baru Syerra ikut cara dorang... ingat ye, for the new people,  KITA IKUT CARA DORANG, BUKAN DORANG IKUT CARA KITA! kalau dah lama2 tu, lain la kan..ni at the beginning, korang kene gaining trust dorang dulu so that, later on barulah dorang boleh ikut cara korang balik..Depends la..

Don't take too much time to observe people before you can adapt to a new environment...Nanti orang kata korang ni lambat pick up plak...

So as to date, Syerra jenis yang rajin bertanya... JANGAN TAKUT untuk bukak mulut and tanya k!~ Lantak la dorang nak kate korang ni banyak mulut ke, banyak tanya ke, lembab ke...Ianya lagi bagus dari korang langsung tatau apa-apa, right? Malu bertanya sesat jalan...Ingat tu k...

Tak dinafikan, tak juga nak membangga diri...Tapi every place I went to, especially work place, most of my colleagues said I'm a fast learner...

How I do?

Think,
Apa yang boleh membuatkan kita rapat atau masuk dengan mereka?

Tak tau??

-Ikut cara mereka!-

Macam mana? ---> Good Question!

ingat balik peribahasa tadi, 'masuk kandang kambing mengembek, masak kandang kerbau menguak'...So takkan la korang masuk kandang kambing, nak buat bunyi kucing pulak?? Memang pelik kan??

=)

Well fast learner here mean, ajar skali terus pandai... Tapi tak semua orang bole jadi mcm tu kan? Syerra pun kadang-kadang lembab gak!~ ajar berkali2 x paham... =.= especially maths..pfft!~

Ok done with work place...
Now, nak masuk pasal 'people' plak...

Bila kita jumpa orang baru, and ada potensi nak jalin hubungan yang lama dengan mereka, 'kita sentiasa lah kene pandai membawa diri kita'...pandai membawa diri supaya kita boleh masuk dengan mereka. 

Amik contoh bf-gf la ok...
if first time gf bawak bf jumpa family,  kompem bf mesti rasa malu2 kan memula tu, nervous mcm tak hengat plak...patu nnt, senyap je lgsg x bersuara sbb tatau nak cakap ape, nervous punya pasal..

Rilex...

Here are some tips yg maybe korang boleh guna...

If bf,
1) Selidik sikit-sikit pasal family gf dia...
-if boleh, tnya character each of family gf korang tu, tanya apa yg each of them suka n tak suka..x perlu banyak2, cukup dapat tau sikit2..at least, ini boleh dijadikan modal korang utk berbual nnt...
2) Berbual benda yang family gf dia tau...
-haa..ni kritikal ni!~ syerra perhatikan kekadang tu, si bf ni berbual benda2 yang family gf dia tatau..contohnya, si bf ni pergi berbual pasal facebook dekat mak bapak gf dia yg buta IT..hah, x ke melopong org tua tu sepatah haram pon tak tau menatang ape yg bf tu cakapkan... =.= So, what u can do, try pancing perbualan dgn family gf dorg dgn hal2 yang berkaitan dengan dorg...contoh, if bf da selidik n tau bapak gf dia keje kat Petronas KLCC, haa ckp la pasal Petronas... Perlu ke?? YUP,PERLU!~ sbb at least korang da menarik minat bapak dia utk berbual... ^_^ x caye? sile try!
3) Baca bahasa badan family gf dia...
-Mata bf kene peka and mesti pandai baca bahasa badan ni... kadang-kadang, bahasa badan ni lebih direct dari bahasa mulut yg kadang-kadang berkias-kias...bahasa badan lagi tepat..cth, if bf dtg umah family gf malam2...sampai da pkul 12mlm pon mcm tak reti2 nak balik...mmg mulut mak bapak gf ckp, 'xpe, sekali skala dtg, x salah kalau x balik pon..'.... Tapi, cuba tgk body language dorg, adakah sama mcm yg mulut sampaikan?? mulut ckp mcm tu, tp mata dah xnak pandang...berbual pon dah mcm nak taknak...mcm korg tak wujud plak kat situ, kan? so, paham-paham la k...
4) ringan tulang
-yang ni biasanya gf je yg slalu buat...tp x salah if bf pon ringan tulang jgk kalo g umah gf...cth mcm tolong2 pape yg patut...jgn la malas2 smpai org tgk pon naik menyampah!~ if korang ringan tulang, sape yang x suka, right?? tetambah lagi orang tua... if bf g kg gf 2-3 hari ke, haa, tolong2la sapu2 laman rumah yg byk dedaun tu, bakar2 sampah ke, bersihkan semak samun ke...
5) Jangan tinggal solat!!!~
 -this is the most important...!!~ always remember this...even korang sembahyang x cukup pon, tp bila pegi umah orang, CUBA tunjukkan yg terbaik k...no doubt, sometimes hypocrite is penting... >_< abes tu korang nak ke mcm ni, dah la sembahyang pon tinggal2 kalo kt umah sdri, ni bila dtg umah org pon buat mcm umah sdri, IT IS NOT NICE ok!~ siyesly, not cool at all!!~ orang tua ni suka kalo dpt menantu yg bole bimbing anak dorang...dorang tengok korang sembahyang pon, pergh, sejuk je hati!~

That's the adaptation in our everyday life...cuba mensesuaikan diri di setiap keadaan... kalau korang tak buat adaptation utk diri korang, trust me, korang takkan boleh bertahan lama dengan sesuatu bende/orang tu...

Adaptation ni mcm ikatan chemistry la...sesuatu yang membolehkan korang bertahan lama dengan sesuatu bende tu...Proses penyesuaian diri...

If korang bawak seseorang into your group, or your environment, and if korang rasa dorang ni lambat sangat nak adapt, jangan malu2 untuk ajar mereka ok...

Macam tips Syerra kat atas tu, Syerra ajar kat few people, and dorang follow, and alhamdullillah proses adaptation tu berjalan dengan lancar... ^_^

It is never WASTE to try something new...

Till then,
Take care guys.