Friday 14 December 2012

A night before Solemnization...

Salam and great day...

Macam tak percaya je ada inai pengantin terlukis cantik di jari tangan dan kaki Syerra sekarang ni...Macam x percaya jugak bila melihat pelamin nikah sudah siap terpasang, khemah siap terbina dan sanak saudara dan jiran2 sedang sebuk bergotong royong memasak skrg ni...lagi beberapa jam je Syerra akan bertukar status drpd tunangan orang kepada isteri orang....macam tak percaya juga dalam banyak2 lelaki yang menjadi teman Syerra dulu, dialah yang akhirnya bakal menjadi suami Syerra...Syukur Ya Allah...

Dia lelaki yang Syerra kagumi...terutama sifat penyabarnya yang tiada tolok bandingan terhadap Syerra...Syerra akui, Syerra jenis yang sangat panas baran, cepat melenting, dan selalu ikut kepala sendiri...Syerra akui juga, kadang2 perkara yang kecik pun boleh menjadi punca...tapi dia x pernah sedikit pun melenting atau merungut melayan kerenah Syerra yang tersangat lah diluar kawalan lebih2 lagi bila monsun bulan merah hampir tiba... :-) Dia tersangat2 penyabar bila bersama Syerra, walau selalu berbalah kerana perkara2 kecil, tetapi dia tidak pernah membalas balik atau menaikkan suara...Baiknya awak ni, sayang...Nampaknya macam saya lagi garang dari awak... heheh.. :-) Dia seorang yang suka mendiamkan diri bila kami berbalah, cool je orangnya...

Oh cinta jari manisku...terima kasih sangat2 kerana menerima diri ku seadanya...mengambil diriku sebagai suri hidupmu... Syukur tak terhingga padaMu Tuhan diatas segala yang Engkau tentukan kepadaku ini...

Ddy, Mmy love Ddy so much.... :-)

till then,
take care