Monday 25 July 2011

"Sekali lagi....."

Salam and great day....

Hati termati seketika tatkala membaca semua yang terpampang didepan mata...Saat ini ku rasakan jatuh tersungkur hingga menyembah bumi sekali lagi... =) tak apalah...dah tak ada rezeki nampaknya...Mungkin itu rezeki orang lain.. Jadi biarkan saja lah...

Bukan nak kecewa sangat tapi agak rasa sedikit terkilan kerana INI bukan sesuatu yang senang aku dapat...Mahu menunggu kemunculannya pun amat payah...Apatah lagi ingin memilikinya... Bila INI telah ku dapat, aku masih belum dapat memilikinya... Tak dinafikan, agak sedih...tapi tak ada lah sedih sangat...Sebab aku tau, aku harus sentiasa sedar diri.... SEDAR DIRI----> jarang sekali hendak merasa macam ni bila dikelilingi orang-orang yang biasa...

*Keluh*

Dimana silapnya agaknya...? tak sedar air mata jatuh perlahan... Syukur dengan INI yang dapat ku rasa walau hakikatnya sedih dengan INI yang tak dapat aku miliki....Ianya sesuatu yang berlainan sekali bila merasai kehadiran INI...sesuatu yang ku harap dapat sangat-sangat menjadi milikku...menggantikan apa yang tiada lagi bersamaku...

Dan sampai sekarang, masih terasa lagi kesakitan di hati yang nyata masih berbekas... Rapat mataku dipejam, menarik segala nafasku perlahan-lahan...terbayang dang masih terpahat kemas setiap apa yang dituliskan..benar! Hatiku berdarah dikala ini... Terima kasih ya Tuhan ku kerana memberi aku merasai perasaan ini... Perasaan yang selama ini dirasai oleh orang lain yang selalu ku abaikan...yang selalu aku kecewakan...amat sakit! Dan sekarang aku paham bagaimana derita sakitnya itu...

Aku tak minta banyak...cukup peluang sekali lagi untuk aku memilikinya...akan ku janji, tak akan aku persiakan semuanya...Tapi, masihkan ada peluang itu untuk ku...?

Aku tidak mahu jadi sang perampas untuk benda yang bukan milikku...kerana aku sendiri tidak mahu benda milikku dirampas oleh orang lain...kerana aku tahu bagaimanakah rasanya....

*Keluh*

Hampanya bila bertanya kembali kepada diri sendiri...benarkah bukan milikku?? Tiada peluang langsung untuk aku mencuba?? Kenapa disaat aku benar-benar bersedia, aku dikhabarkan pula dengan berita ini...?? Dimanakah tempatku selepas ini...? Di takuk yang sama? Tergari terkunci disudut itu dan tidak mampu untuk bergerak kemana-mana? Tercampak sekali lagi ke lembah kedinginan sepi tanpa ada sang peneman...??

Bukan tidak mahu berusaha, tetapi kuasa Tuhan itu terlampau amat hebat, dan tiada tandingannya...Aku cuma manusia biasa...Tiada kuasa, tiada harta dan tiada rupa....

KUN FAYYA KUN.....

Semoga diriku terus kuat mengharungi hari-hari mendatang....Bila hampir semangatku hilang, Ya Allah Ya Tuhanku, Kau tiupkanlah sedikit kekuatan ke dalam diri ku...Agar aku bisa berdiri,dan terus bersujud kepadaMu...Menanti suatu detik yang pasti untuk aku kembali kepada Mu....

No comments:

Post a Comment