Friday, 29 July 2011

Simple Recipe - ROTI WHOLEGRAIN TELUR ^_^

Salam and great day...

Tadi sebelum tengok bola Malaysia vs Singapore kat rumah, terasa lapar la pulak... Tapi taknak makan nasi, mcm berat sangat pulak sbb ptg tadi dah makan. Then ternampak lah pulak roti gardenia wholegrain yg abah beli semalam. Tetiba teringin nak makan roti telur...

Selama ni kalau buat roti telur, pakai roti gardenia yang biasa tu je... tak pernah try pulak buat roti telur pkai roti wholegrain ni... Then, acara main masak-masak pun bermula... ^_^

Apa dia bahan-bahan yang diperlukan? SENANG je! Amat mudah!~ Jom ikut resipi kat bawah : 

Roti Gardenia Wholegrain Fibremeal
Telur... Biasanya sebutir telur untuk 2 keping roti....
Yang ni benda wajib ada dalam family Syerra..."Lada berperisa Aji Shio"...

So bila dah ada semua bahan-bahan ni, ape lagi, JOM MASUK DAPUR!~ ^_^

Pecahkan telur dan tabur Aji Shio sesedap rasa....
Lepas tu kacau2 dia sampai sebati...


Bila da ready, jom kita masak... ^_^


Panaskan butter atas kuali leper....As u all know, butter is much more better than minyak masak... Nak masak makanan berkhasiat kan? =)


Celupkan roti tu dalam telur depan belakang..make sure fully covered...


Then, panaskan atas kuali... ^_^






Cara tak? Tukang masak rambut kaler pink!~ Mintak mahap ye!~ ^_^
DA SIAP!!!~ ^_^


 Lepas tu, ikut suka korang lah nak makan sama apa, sos cili, mayonis, black pepper sos, sambal, semua pun boleh!~ 





FYI, haa..ni nak bagitau something ni...

Bagi yang sedang atau nak mengamalkan diet, pengambilan nasi boleh juga digantikan dengan roti gandum ni... 

Sebab apa?? 

Sebab roti mempunyai kelebihannya yang tersendiri. Roti ni kaya dengan vitamin B kompleks, roti gandum yang dihasilkan macam roti gardenia wholegrain ni juga kaya dengan serat, vitamin E, zat besi, zink, asid folat dan anti oksidan. Perasan tak kalau kita makan roti wholegrain macam ni, kita cepat rasa kenyang? ^_^ Itu adalah disebabkan kandungan karbohidrat kompleks yang ada dalam roti tu...Karbohidrat kompleks ni memberikan kita rasa kenyang yang lebih lama... 

Hah kau, dah macam pakar pulak syerra ni....Ini semua info yang syerra dapat dari Dr. Rozmey... ^_^

 So, time tengok bola tadi, makan 2 keping je dah rasa kenyang giler!!~
SELAMAT MENCUBA!!~

Till then,

BUHBYE!!~ ^_^







1 comment:

  1. kata healthy, tapi letak ajinamotosikal. -.-"

    ReplyDelete