Wednesday 24 August 2011

the story of GIRL vs BOY (ep. 1)...

Salam and great day,

This is my another 'half-way' novel yang sampai sekarang tak siap-siap lagi...Hurm, what do you guys think? Ce bace...ce bace...!~ ^_^ (http://www.facebook.com/note.php?note_id=10150128473160367)



“Hey Nia, isn’t that your boyfriend?”
Mel menyiku Nia lalu menunjukkan ke arah dua susuk tubuh tidak jauh dari tempat mereka berdiri.
“Where?” Nia mengecilkan matanya, mencari-cari arah yang dimaksudkan Mel.
“There! Dekat dalam kedai Seeds tu.” Mel menunjukkan lagi.
“Yeah! That’s him..” Nia mengangguk-anggukkan kepala seolah-olah tiada apa yang berlaku.
“Hey! This isn’t the right way you should act! Aren’t you jeolous? Kau tak marah ke?” Mel macam tak percaya tengok reaksi Nia. Kalau lah dia di tempat Nia, mau sakit hati bengkek dibuatnya! Mahu saja dia terkam jantan tu, lepas tu lempang banyak-banyak kali! Hah! Baru puas hati dia…
“Aku dah tau memang perangai dia mcam tu. Cuma baru sekarang dia buktikan dekat depan mata aku. Takpe…Dia nak main game ni, kita teruskan… Let see!”
Nia mengeluarkan handphone blackberry nya.
“Hai sayang… You dekat mana?” Lembut suara Nia di hujung telefon.
“Oh yeke? Tengah jalan-jalan teman Wan beli barang untuk girlfriend dia? Oh… ok..takpe…teruskan..” Nia tersenyum-senyum sinis dari jauh melihat kelibat boyfriendnya. Pandai cover line! Huh!!
“Mel, kau tunggu jap…aku nak amik gambar diorang..”
“Nia, apa kate kita serang je diorang, nak?”
“Eh, kau pulak yang lebih-lebih! Tak payah… buang masa je semua tu!” Nia menangkap beberapa keping gambar boyfriendnya bersama entah perempuan mana entah tu, dia tak tahu. “These…is the ticket for me to hang out with other man!” Nia menggoyang-goyangkan handphonenya.
“Sorry la aku nak biarkan dia mainkan aku macam tu je!”
“Nia, dia boyfriend kau! Kau patut pertahankan dia dari perempuan lain! Bukannya kau pulak yang pergi cari lelaki lain! Sengal la kau ni!” Mel mula merungut-rungut macam biasa.
“So what? He’s just my boyfriend, not my husband ok… And I’m just his girlfriend, not his wife… What’s a big deal on it?” Nia terus berlalu.
“Tapi Nia..ish! Aku tak paham la kau ni! Dulu dengan ex-boyfriend kau, kau tak macam ni pun…” Mel mengikuti di sebelah Nia, menuruni escalator.
“Mel…Shut up! Hey..open your glasses la!”
Nia menanggalkan cermin mata Mel.
“Kau tengok…lelaki macam tu, sesuai ke nak dijadikan lelaki? Belum apa-apa dah main kayu tiga… Dia nak kata apa? Kawan? Dowh… Kawan pegang-pegang tangan peluk-peluk pinggang macam tu ke? Sorry la Mel, bagi aku lelaki macam tu sesuai untuk dipermainkan je! Biar dia rasa macam mana perempuan rasa!”
Mel memandang Nia disebelahnya.
“Nia, kau ke ni? Takut pulak aku!”
“Mel, jangan jadi lemah sebab lelaki ok! Dan jangan sesekali bagi lelaki pijak kepala kau! Ingat pesan aku ni…”
Mel cuma mengangguk. Memang dia setuju dengan kata-kata Nia yang terakhir itu.
Dan bagi Nia pula,
This is life... Whether you want it or not, you have to face it!
Dan mereka terus berlalu meninggalkan shopping mall itu.



“Hey~” Lee mendepangkan tangannya ke arah Nia, “Come..I nak hug You..Rindu sangat rasanya!” Lee tersenyum.
Dan Nia pula cuma tersenyum sinis. Rindu? Heh! Iyelah tu! Dasar lelaki mulut madu!
“Yeah! I miss You too, sayang!” Nia memeluk Lee, berpura-pura gembira.
“Semalam you langsung tak jumpa I kan?” Lee membuat muka sedih, memandang Nia.
Memang lah aku tak jumpa kau! Dah kau sibuk dengan betina lain! Bodoh! Pandai berpura-pura!
“Nia, I really miss You.”
“Eh, boleh tolong jangan cakap macam tu lagi tak?”
Akhirnya, kesabaran Nia meletus. Benci pula dia melihat lakonan Lee di hadapannya. Tolonglah hentikan!
“Laa...kenapa pulak ni?” Lee sendiri terkejut melihat reaksi Nia. Datang bulan kot?
“You ingat I ni macam perempuan-perempuan You yang lain ke? Jijik tau I dengar!”
“Ni apa hal pulak ni? Perempuan apa? I manade perempuan lain selain You!” Lee pula naik berang di tuduh melulu. Apa hal pulak si Nia ni? Nak cari pasal ke?
Nia tersenyum sinis lagi. Dipandangnya mata Lee dalam-dalam. Memang dasar lelaki penipu! Aku benci melihat kebodohan kau sekarang!
“Betul You takde perempuan lain?” Nia memancing lagi. Di pegangnya tangan Lee lembut.
“Betul...” laju je Lee menjawab. Begitu meyakinkan!
“Sumpah sekarang!” Nia tak berpuas hati melihat lakonan Lee saat ini. Oh God!
“Apesal plak nak bersumpah-sumpah ni?”
“Oh! Sejak bila plak You tak berani bersumpah? Is This Lee that I know?”
“Nia, what’s wrong with you?”
“I nak You bersumpah sekarang yang You takde perempuan lain! Kalau lah I dekat tempat You sekarang, bukan main memaksa lagi You suruh I bersumpah kan? Apa hal You tak berani pulak tiba-tiba ni?”
Lee malas nak layan. Dia terus berlalu. Memang kalau dia terus bertekak dengan Nia, confirm dia akan kalah kali ni. Nia macam tau-tau je. Tapi, betul ke Nia tahu? Entah...Lee sendiri tidak pasti.



Habis sahaja kerja, Nia terus pulang ke rumah. Sampai sahaja dirumah, dilihatnya Mel sudah sampai dahulu.
“Awal balik hari ni?” Nia menyapa. Mel leka menonton tv.
“Aku amik half day la..MC..tak larat! Period pain la Nia...”
“Pulak...patut la. Selalu kalau tak pukul sebelas malam, jangan harap la kau nak balik rumah, kan?”
Mereka tertawa. Memang begitu lah Mel. Selalu sahaja overtime. Kalau tak pun, dia mesti melepak dengan boyfriend dia dulu. Nia dah paham sangat.
“Kau dah makan?” Mel bertanya. “Kalau belum, tu aku ada masak sambal telur favourite kau. Pergilah makan.”
“Sambal telur? Wow! Bestnya kau ni!” Nia tersenyum riang seraya berlalu ke dapur. “Ni yang buat aku sayang kat kau ni!” kedengaran suara Nia menjerit dari dapur. Seketika Nia kembali dengan sepinggan nasi lalu duduk di sofa menonton tv bersama Mel.
“Ha! Sebelum aku terlupa, tadi ada surat untuk kau. Tu ada atas meja.” Mel teringat akan surat untuk Nia yang diambilnya tengah hari tadi di peti surat mereka.
“Dari siapa?” Pelik pula Nia. Siapa pula yang bagi dia surat? “Surat rasmi ke?”
“Bukan. Entah, aku pun tak tau dari siapa. Tapi kalau tak silap dari oversea.”
“Dari oversea? Ai..makin pelik pulak aku..siapa?”
“Aku agak je la...sebab setem dia cop Brisbane. Jap aku amik!?”
Mel terus berlalu ke meja mengambil surat yang dimaksudkannya. “Ni ha..”
“Bukak kan! Bukak kan! Tolong...” Nia tersengih-sengih sambil menyuap nasi ke mulutnya.
“Ha, dah...aku baca kan ye!”

Kehadapan Rania Elzra yang diingati,
Terlebih dahulu, maafkan saya jika kehadiran surat ini mengganggu kehidupan Nia pada ketika ini. Sudah agak lama kita tidak berjumpa. Saya disini tertanya-tanya jika Nia masih mengingati saya lagi atau tidak.
Apa khabar Nia sekarang? Masih belajar lagi atau sudah pun bekerja? Untuk pengetahuan Nia, saya bakal menamatkan pengajian saya pada akhir bulan hadapan. insyaAllah saya akan kembali ke Malaysia tidak lama lagi. Saya harap sangat agar Nia sudi berjumpa saya nanti.
Tiga tahun saya meninggalkan Malaysia. Saya percaya telah banyak yang berubah dalam tempoh ini. Bagaimana pula dengan Nia disana? Sudah berkahwin kah?

“Kenapa kelakar sangat kawan kau ni?” Mel tergelak-gelak membaca surat itu. “Ayat semua tak boleh blah... memang ikut format bahasa melayu betul!” Mel tertawa lagi.
“Tu la pasal... aku pun terkejut entah apa mimpi dia pos surat ni kat aku. Bukan tak boleh kasi email..kan senang..”
“Dia nak guna cara tradisional lah tu...Eh dah lah, malas aku nak baca!” Mel melipat semula surat tersebut. “Ni siapa, Nia?”
“Eddy...kawan lama aku masa kat UiTM dulu.”
“Kawan ke ex boyfriend? Haa..baik kau cakap!”
“Erm..teman tapi mesra..kot?” Nia tergelak. “Kawan la..tapi dulu dia ada gak approach aku jadi makwe dia, tapi sampai sekarang aku tak bagi jawapan.”
“Pulak..kenapa? tak hensem ke dia?” Mel seakan berminat untuk mengetahu kisah Nia dizaman kampus nya dahulu.
“Orang nya bagi aku hensem la..tapi aku tak terima dia sebab time tu dia dah nak further study abroad, aku takut kene tinggal..tula aku tak terima dia.. Alaa, cerita lama la.. dah takde makna pun..” Nia bangun dan berlalu ke dapur.
“Hey! You've got his picture?” Mel menjerit dari ruang tamu.
“Nak buat apa?”
“I thought I wanna see it! Manalah tau, kot-kot aku boleh buat boyfriend pulak!” Mel bergurau dan tertawa.
“Ah! Mengada lah kau! Abis Haris kau nak campak mana?”
“Alaa..aku gurau je la... Kau ni..”


(to be continued...)

Cane?? oke ke x oke?? comment pls..pls.. ^_^

Till then,
Take care guys..

No comments:

Post a Comment